EN | BM

NOTIS PRIVASI

"Kami" bermaksud Driven Communications Sdn Bhd dan laman webnya termasuk http://www.driven.com.my/ (Driven), http://www.paultan.org/ (paultan.org), http://www.carbase.my/ (CarBase.my), http://www.oto.my/ (oto.my), https://www.acemalaysia.my/ (ACE), https://www.pacemalaysia.my/ (PACE), https://www.evxmalaysia.my/ (EVx) ), https://protonpj.my/ (Proton PJ) dan https://www.tintnow.my/ (tintnow.my) dan syarikat-syarikat induk mereka, anak-anak syarikat, syarikat-syarikat sekutu dan/atau syarikat-syarikat berkaitan.


1. 1. PENGENALAN
  • 1.1 Kami sedar dan komited terhadap perlindungan data peribadi anda dan privasi anda. Notis Privasi ini menerangkan cara Kami memproses data anda bermula dari tempat Kami mengumpul, menggunakan, berkongsi, melupuskan dan langkah-langkah keselamatan Kami untuk memastikan data peribadi anda dilindungi.
  • 1.2 Oleh yang demikian dan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 serta peraturan dan pindaannya ("PDPA"), Notis Privasi ini terpakai kepada mana-mana orang yang memberikan Kami data peribadi atau yang data peribadinya dikumpul, digunakan atau diproses oleh dan/atau didedahkan kepada Kami berkaitan dengan Tujuan-Tujuan.

2. COOKIE/TEKNOLOGI PENJEJAKAN
  • 2.1 Laman web ini mungkin menggunakan cookie dan teknologi-teknologi penjejakan lain bergantung kepada ciri-ciri yang ditawarkan. Cookie dan teknologi-teknologi penjejakan adalah berguna untuk mengumpul maklumat seperti jenis browser dan sistem pengoperasian, menjejak bilangan pengunjung laman tersebut, dan untuk memahami bagaimana pengunjung-pengunjung menggunakan laman tersebut. Cookies juga boleh membantu untuk menyesuaikan laman tersebut untuk pengunjung-pengunjung. Cookies yang digunakan dalam Laman web ini tidak akan mengenal pasti alamat IP dan pengguna individu.

3. PENGUMPULAN DATA PERIBADI
  • 3.1 Bagi pihak Kami untuk membekalkan anda dengan Produk-Produk dan/atau Perkhidmatan-Perkhidmatan yang dilancarkan dari semasa ke semasa (sama ada oleh Kami atau dalam kerjasama dengan Rakan Kongsi Kami) ("Produk-Produk dan/atau Perkhidmatan-Perkhidmatan") dan untuk membolehkan Kami untuk beroperasi dalam keadaan yang efisien, Kami mungkin telah mengumpul, memproses dan menyimpan atau akan perlu mengumpul, memproses dan menyimpan data peribadi yang relevan daripada anda sama ada secara manual atau melalui laman web Kami dalam perjalanan urusan-urusan anda kini atau pada masa yang akan datang dengan Kami, anak syarikat (anak-anak syarikat) Kami, syarikat sekutu (syarikat-syarikat sekutu) Kami, Rakan Kongsi usahasama atau rakan sekerja Kami termasuklah semua pemegang saham, pengarah, pekerja, pembekal, kontraktor dan/atau orang mereka yang dibenarkan (secara kolektif sebagai "Rakan Kongsi Kami").
  • 3.2 3.2. Data peribadi yang dikumpul dan diproses oleh Kami dan/atau Rakan Kongsi Kami termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
    • 3.2.1. nama, umur, jantina, bangsa, asal etnik, jawatan, nama syarikat dan perniagaan anda, butiran akaun bank, butiran kad kredit dan butiran hubungan termasuk nombor telefon, alamat kediaman dan alamat e-mel;
    • 3.2.2. tarikh lahir anda, nombor kad pengenalan dan nombor pasport;
    • 3.2.3. butiran-butiran, maklumat dan butiran hubungan keluarga, saudara mara atau pihak berkaitan dengan anda;
    • 3.2.4. maklumat berkaitan dengan Produk-Produk dan/atau Perkhidmatan-Perkhidmatan Kami yang mungkin anda beli daripada Kami atau mendaftarkan minat anda dengan Kami untuk pembelian, pertanyaan, kemaskini, maklumat dll;
    • 3.2.5. imej-imej dan gambar-gambar anda;
    • 3.2.6. data penggunaan rangkaian anda dan maklumat lain yang dikumpulkan secara automatik oleh sistem komputer Kami, termasuk alamat IP komputer anda, pautan yang dilawati dan aktiviti lain yang dijalankan dalam talian atau menggunakan sistem komputer Kami;
    • 3.2.7. data peribadi sensitif yang didedahkan oleh anda yang diperlukan untuk Tujuan-Tujuan; dan/atau
    • 3.2.8. sebarang data peribadi lain yang diperlukan daripada anda untuk Tujuan-Tujuan.

4. SUMBER PENGUMPULAN DATA PERIBADI

Kami mengumpul data peribadi anda dengan cara-cara berikut:

  • 4.1.
    Secara langsung:
    • 4.1.1. apabila anda membuat akaun, mendaftar dengan Kami dan/atau menyerahkan sebarang borang untuk memberikan Kami atau mendapat manfaat daripada Produk-Produk dan/atau Perkhidmatan-Perkhidmatan Kami;
    • 4.1.2. borang-borang dalam talian;
    • 4.1.3. borang-borang pembelian;
    • 4.1.4. apabila anda secara sukarela dan bersetuju untuk mengambil bahagian dalam sebarang penyelidikan yang dijalankan oleh Kami;
    • 4.1.5. apabila anda mendaftar untuk komunikasi-komunikasi pemasaran dan promosi-promosi Kami atau sebarang inisiatif;
    • 4.1.6. apabila anda memberikan maklum balas, komen-komen, soalan-soalan, penilaian-penilaian dan ulasan-ulasan anda di laman web Kami, media sosial atau kepada pegawai-pegawai perkhidmatan pelanggan Kami;
    • 4.1.7. apabila anda berinteraksi atau berkomunikasi dengan Kami melalui laman web Kami atau melalui saluran media sosial, halaman-halaman atas talian, promosi-promosi dan/atau blog-blog;
    • 4.1.8. apabila anda menghubungi Kami dan/atau memasuki perjanjian berhubung dengan Produk-Produk dan/atau Perkhidmatan-Perkhidmatan Kami;
    • 4.1.9. apabila anda menghadiri atau mengambil bahagian dalam mana-mana acara Kami; dan/atau
    • 4.1.10. apabila anda menyediakan data peribadi anda kepada Kami atas sebarang sebab-sebab lain.
  • 4.2.
    Secara tidak langsung, daripada sumber-sumber data lain:
    • 4.2.1. apabila Kami mencari dan menerima data peribadi anda berkaitan dengan hubungan anda dengan Kami (termasuk untuk Produk-Produk dan/atau Perkhidmatan-Perkhidmatan Kami atau permohonan-permohonan kerja);
    • 4.2.2. jika anda bertindak sebagai perantara atau membekalkan kepada Kami maklumat mengenai pihak ketiga atau individu lain (seperti saudara, rakan, rakan sekerja, pekerja dll.), anda mengaku bahawa anda telah memperoleh semua persetujuan yang diperlukan daripada pihak-pihak ketiga tersebut atau individu lain untuk memproses data peribadi mereka oleh Kami;
    • 4.2.3. memandangkan Kami sedang mengumpul data peribadi pihak ketiga atau individu lain daripada anda, anda berjanji untuk memaklumkan kepada pihak ketiga atau individu lain tersebut tentang semua perkara-perkara yang disenaraikan di sini dengan merujuk mereka ke laman web Kami atau memaklumkan mereka tentang kandungan di sini;
    • 4.2.4. mana-mana pihak ketiga yang Kami bekerjasama; dan/atau
    • 4.2.5. sebarang maklumat lain yang mungkin Kami kumpulkan daripada sumber-sumber lain.

5. TUJUAN PENGUMPULAN DATA PERIBADI
  • 5.1.
    Kami mengumpul dan memproses data peribadi anda untuk Tujuan-Tujuan termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut ("Tujuan-Tujuan"):

    Pengaturan dengan anda
    • 5.1.1. Untuk menyediakan, menghantar, memproses permohonan dan penyediaan Produk-Produk dan/atau Perkhidmatan-Perkhidmatan Kami;
    • 5.1.2. Untuk mendaftar akaun dengan nama pengguna dan kata laluan bagi mengakses Platform;
    • 5.1.3. Penilaian kredit, semakan latar belakang/identiti dan penilaian ketekunan sewajarnya yang difikirkan perlu atau sesuai oleh Kami dan/atau Rakan Kongsi Kami;
    • 5.1.4. Pelaksanaan tanggungjawab-tanggungjawab lain yang diperlukan di bawah perjanjian-perjanjian, kontrak-kontrak, perjanjian-perjanjian dengan anda dan/atau mana-mana pihak;
    • 5.1.5. Prosedur-prosedur pengurusan pelanggan yang Kami anggap perlu dan sesuai;
    • 5.1.6. Aktiviti-aktiviti pengkategorian pelanggan berkaitan dengan Produk-Produk dan/atau Perkhidmatan-Perkhidmatan Kami;
    • 5.1.7. Tujuan-Tujuan lain yang diperuntukkan dalam Produk-Produk dan/atau Perkhidmatan-Perkhidmatan Kami atau Tujuan-Tujuan yang bersampingan dengan perkara yang sama;
    • 5.1.8. Komunikasi dan/atau mengemas kini kepada anda;
    • 5.1.9. Untuk memberitahu anda tentang Produk-Produk dan/atau Perkhidmatan-Perkhidmatan baharu Kami;
    • 5.1.10. Untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan anda;
    • 5.1.11. Untuk menghantar bahan-bahan promosi kepada anda;
    • 5.1.12. Untuk Tujuan-Tujuan pemasaran dan/atau penyelidikan;
    • 5.1.13. Untuk menyelenggara dan mengemas kini penyimpanan rekod-rekod dalaman;
    • 5.1.14. Untuk tujuan pentadbiran dalaman;
    • 5.1.15. Untuk mengemas kini mengenai acara-acara Kami; dan/atau
    • 5.1.16. Mana-mana orang di bawah kewajipan kerahsiaan yang telah Kami lantik untuk menunaikan kewajipan Kami kepada anda, yang kepadanya telah berjanji untuk merahsiakan data peribadi anda.

    Pematuhan undang-undang

    • 5.1.17. Pencegahan, halangan, pelaporan sebarang jenayah termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan, rasuah dan pengubahan wang haram;
    • 5.1.18. Untuk bertindak balas kepada keperluan proses undang-undang sivil atau jenayah; dan/atau
    • 5.1.19. Pematuhan kepada mana-mana keperluan undang-undang atau peraturan-peraturan yang berkaitan dengan penyediaan Produk-Produk dan/atau Perkhidmatan-Perkhidmatan Kami dan untuk membuat pendedahan di bawah keperluan mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, perintah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod yang berkenaan.

    Untuk semua Tujuan-Tujuan lain yang bersampingan dan berkaitan dengan mana-mana perkara di atas.

    Untuk mengurus semula atau membuat perubahan kepada perniagaan Kami

    • 5.1.20. 5.1.20. Sekiranya Kami: (i) tertakluk kepada perundingan bagi penjualan perniagaan Kami atau sebahagiannya kepada pihak ketiga; (ii) dijual kepada pihak ketiga; atau (iii) menjalani penyusunan semula, Kami mungkin perlu memindahkan sebahagian atau semua data peribadi anda kepada pihak ketiga yang berkaitan (dan penasihat mereka) dalam apa-apa proses ketekunan sewajarnya untuk tujuan menganalisa apa-apa penjualan atau penyusunan semula yang dicadangkan. Kami juga mungkin perlu memindah data peribadi anda kepada entiti yang telah disusun semula atau pihak ketiga selepas penjualan atau penyusunan semula supaya mereka dapat menggunakannya untuk Tujuan-Tujuan yang sama seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini.

      Dalam keadaan lain, Tujuan-Tujuan sedemikian yang perlu atau berkaitan secara langsung dengan hubungan anda dengan Kami atau di mana ia dibenarkan di bawah undang-undang yang berkenaan.

6. KEWAJIPAN ANDA
  • 6.1. Adalah wajib bagi anda untuk membekalkan data peribadi anda kepada Kami dengan cara yang paling tepat, sekiranya gagal, Kami tidak dapat memproses data peribadi anda bagi pihak anda dan untuk Tujuan-Tujuan yang dinyatakan di atas dan semua hubungan yang diwujudkan atau akan diwujudkan antara Kami hendaklah ditamatkan dan tidak lagi berkuatkuasa serta-merta.
  • 6.2. Sekiranya anda memberikan Kami data peribadi yang bukan milik anda, anda menyatakan dan menjamin bahawa anda telah diberi kuasa untuk melepaskan data peribadi tersebut kepada Kami untuk pengumpulan dan pemprosesan Kami mengikut Notis Privasi ini dan akan menanggung kerugian Kami untuk sebarang kerugian, ganti rugi atau tuntutan yang timbul daripada perkara yang sama.

7. PEMINDAHAN DATA PERIBADI
  • 7.1. Data peribadi anda mungkin dipindahkan ke, disimpan, digunakan dan diproses dalam bidang kuasa selain daripada Malaysia. Anda memahami dan bersetuju dengan pemindahan data peribadi anda keluar dari Malaysia seperti yang diterangkan di sini.
  • 7.2. Kami akan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah dan menjalankan ketekunan sewajarnya untuk memastikan data peribadi yang dipindahkan ke luar Malaysia menerima standard perlindungan yang setanding dengan perlindungan yang diterima di bawah PDPA dan pemindahan tersebut hendaklah tertakluk kepada Notis Privasi ini.

8. PENZAHIRAN DATA PERIBADI
  • 8.1. Secara amnya, data peribadi anda dengan Kami akan dirahsiakan. Walau bagaimanapun, Kami mungkin menzahirkan data peribadi anda kepada kategori-kategori berikut termasuk tetapi tidak terhad kepada pihak-pihak ketiga bersama-sama dengan Tujuan-Tujuan berikut:
    • 8.1.1. Syarikat-syarikat induk kami, anak-anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu dan/atau syarikat-syarikat gabungan sama ada di Malaysia atau di luar negara;
    • 8.1.2. Pelabur-pelabur dan/atau Rakan Kongsi sebenar dan berpotensi Kami seperti ahli-ahli gabungan perniagaan dalam talian, pusat-pusat data, peniaga-peniaga, peruncit-peruncit, pengedar-pengedar, ejen-ejen, peniaga-peniaga yang menyediakan, membekal, mengedar atau berurusan secara umum dengan Produk-Produk dan/atau Perkhidmatan-Perkhidmatan Kami;
    • 8.1.3. Pengarah-pengarah kami, pekerja-pekerja dan wakil-wakil yang diberi kuasa, juruaudit, perunding-perunding perniagaan, jurubank, akauntan-akauntan, peguam-peguam, penasihat-penasihat profesional lain dan/atau perunding-perunding yang Kami anggap perlu dan sesuai;
    • 8.1.4. Sub-kontraktor Kami, pembekal perkhidmatan pihak ketiga sebagaimana yang Kami anggap perlu atau sesuai, termasuk pembekal-pembekal kandungan atau pengagregat atau syarikat-syarikat atau entiti-entiti pemasaran;
    • 8.1.5. Mana-mana orang yang Kami terpaksa atau dikehendaki di bawah undang-undang atau sebagai tindak balas kepada pihak berkuasa tempatan atau negeri atau persekutuan, pengawal selia industri, agensi penguatkuasaan, pihak berkuasa berkanun, mahkamah undang-undang, tribunal, tribunal timbang tara, suruhanjaya atau majlis atau persatuan yang dibenarkan secara sah oleh undang-undang;
    • 8.1.6. Mana-mana agensi-agensi pelaporan kredit yang berkaitan bagi menjalankan atau meneruskan semakan kredit untuk penentuan kredit, penilaian kredit, tujuan pemulihan hutang dan dokumentasi undang-undang akibat kontrak atau kemudahan yang telah diberikan atau akan diberikan atau sambung diberikan oleh institusi kewangan atau orang lain;
    • 8.1.7. Mana-mana syarikat insurans untuk tujuan memohon dan mendapatkan polisi-polisi insurans; dan/atau
    • 8.1.8. orang lain yang Kami fikir sesuai atau perlu.

9. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
  • 9.1. Kami mengambil langkah-langkah ini untuk melindungi data peribadi anda:-
    • 9.1.1. Bergantung pada keadaan teknologi, kos pelaksanaan dan sifat data dan/atau maklumat yang perlu dilindungi, Kami membuat usaha yang munasabah untuk melaksanakan langkah keselamatan teknikal, fizikal, elektronik dan prosedur yang sesuai apabila praktikal untuk dilakukan selaras dengan undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta piawaian industri untuk melindungi dan menghalang pemprosesan data peribadi anda yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang;
    • 9.1.2. Dengan memastikan data peribadi anda disimpan seperti yang dikehendaki oleh PDPA; dan/atau
    • 9.1.3. Dengan memastikan kakitangan Kami tidak menyalahgunakan data peribadi anda.

Namun begitu, anda dikehendaki memastikan keselamatan kata laluan anda dan tidak mendedahkannya kepada pihak lain untuk mengurangkan risiko pelanggaran data.

Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang capaian yang tidak dibenarkan, pemintasan, atau kehilangan data peribadi yang di luar kawalan munasabah Kami.


10. KANAK-KANAK BAWAH 18 TAHUN
  • 10.1. Berkenaan dengan kanak-kanak (iaitu individu di bawah umur 18 tahun) atau individu yang tidak kompeten di sisi undang-undang untuk memberi kebenaran, anda mengesahkan bahawa anda ialah ibu bapa atau penjaga yang sah atau orang yang mempunyai tanggungjawab ke atas mereka atau orang yang dilantik oleh mahkamah untuk menguruskan hal ehwal mereka atau bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi mereka, untuk memberi kebenaran bagi pihak mereka untuk pemprosesan (termasuk pendedahan dan pemindahan) data peribadi mereka menurut Notis Privasi ini.

11. TEMPOH PENYIMPANAN DATA PERIBADI
  • 11.1. 11.1. Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda selagi relevan bagi Tujuan-Tujuan (melainkan kewajipan undang-undang atau insurans memerlukan Kami menyimpannya untuk tempoh yang lebih lama seperti keperluan operasi, undang-undang, peraturan, cukai atau perakaunan). Sekiranya maklumat yang disimpan oleh Kami tidak lagi diperlukan, Kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan maklumat tersebut dipadamkan dan/atau dimusnahkan.

12. HAK-HAK ANDA
  • 12.1.

    Penarikan balik persetujuan

    Anda boleh pada bila-bila masa menarik balik persetujuan anda kepada Kami untuk memproses sebarang data peribadi anda atau mana-mana bahagian dengan menghantar kepada Kami di alamat yang dinyatakan di bawah dengan satu notis pengeluaran bertulis tertakluk kepada tempoh masa yang munasabah untuk persetujuan pengeluaran yang akan dilaksanakan. Kami akan mengambil semua langkah yang perlu untuk melaksanakan persetujuan penarikan balik anda, setakat pengeluaran tersebut tidak bercanggah dengan mana-mana kewajipan undang-undang Kami yang lain.
  • 12.2

    Had pemprosesan data peribadi anda

    Jika anda tidak ingin data peribadi anda dikongsi dengan mana-mana pihak lain, atau jika anda tidak ingin dipujuk-rayu untuk Produk-Produk dan/atau Perkhidmatan-Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kami atau mana-mana pihak lain termasuk pihak ketiga, sila maklumkan kepada Kami secara bertulis di maklumat komunikasi yang diberikan di bawah.
  • 12.3

    Akses data peribadi anda

    Tertakluk kepada kelulusan Kami, anda boleh mengakses dan meminta pembetulan data peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tamat tempoh. Kami berhak untuk mengenakan bayaran pentadbiran yang berpatutan untuk mendapatkan semula rekod data peribadi anda. Sekiranya ada, Kami akan memaklumkan anda tentang bayaran sebelum memproses permintaan anda.

13. KEMASKINI NOTIS PRIVASI INI
  • 13.1. Kami menyemak dan mengemas kini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa untuk mencerminkan perubahan dalam undang-undang dan amalan-amalan perniagaan yang akan berkuatkuasa serta-merta tanpa sebarang notis awal kepada anda. Dengan meneruskan urusan dengan Kami, anda dianggap telah menerima dan bersetuju dengan Notis Privasi yang disemak dan dikemaskini ini.

14. PENERIMAAN NOTIS PRIVASI
  • 14.1. Dengan menyatakan penerimaan anda terhadap Notis Privasi ini, anda akan dianggap telah bersetuju dengan nyata untuk memproses data peribadi anda jika diperlukan oleh Kami dan/atau Rakan Kongsi Kami untuk Tujuan-Tujuan tersebut. Untuk mengelakkan keraguan, anda juga dengan ini secara jelas bersetuju supaya Kami boleh memproses sebarang data peribadi sensitif yang berkaitan untuk Tujuan-Tujuan tersebut.

15. PENGECUALIAN LIABILITI
  • 15.1. Anda mengakui dan bersetuju bahawa Kami dalam apa jua keadaan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan, kerugian, kerosakan (kewangan dan sebaliknya), kecederaan, rasa malu atau liabiliti walau apa pun yang timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian, liabiliti ketat atau sebarang asas (termasuk secara langsung atau kerosakan tidak langsung, khas, sampingan, berbangkit atau punitif atau kehilangan keuntungan atau simpanan) yang timbul daripada apa-apa ketidaktepatan atau kehilangan, pemadaman atau pengubahsuaian data atau untuk apa-apa sebab lain yang berkaitan dengan apa-apa maklumat yang dikemukakan oleh Kami kepada pihak lain itu, mengikut mana-mana yang berlaku mungkin, atau berkaitan dengan sebarang capaian atau penggunaan, atau ketidakupayaan untuk mengakses atau menggunakan oleh pihak lain itu atau bergantung pada maklumat yang terkandung di dalamnya, sama ada disebabkan oleh sebarang kegagalan teknikal, perkakasan atau perisian dalam apa jua bentuk, gangguan, ralat, peninggalan, kelewatan, virus atau sebaliknya. Selanjutnya, anda hendaklah menanggung rugi dan memastikan Kami dilindungi daripada sebarang kehilangan, kerosakan, perbelanjaan, kecederaan, rasa malu atau liabiliti yang mungkin dialami oleh Kami yang timbul daripada penyediaan data peribadi yang palsu atau tidak tepat.

16. KONFLIK
  • 16.1. Notis Privasi ini telah disediakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sekiranya berlaku konflik atau ketidakselarasan antara Notis Privasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, Notis Privasi dalam Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

17. CONTACT US
  • 17.1. Anda boleh menghubungi Kami atau mengemukakan pertanyaan anda berkenaan dengan pemprosesan data peribadi anda di:

    Jabatan Undang-undang
    Alamat : K3-3A-02, Tower 3, UOA Business Park,
    Glenmarie, No. 1, Jalan Pengaturcara U1/51A,
    Section U1, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
    Telefon : +603-5567 9440
    E-mel : harvinder@driven.com.my

Dikemaskini pada 28hb Mac 2023